Saturday 8 October 2016

KONSEP PERSAUDARAAN

Setiap umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui 3 cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.          Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.          Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah, lahirnya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang yang dikenali.          Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “saudara seagama” atau “saudara di sisi Tuhan”. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar ditandingi oleh persaudaraan darah (Mahmud Muhammad Babeli,2002).          Islam menggesa umatnya memperkukuh hubungan persaudaraan dalam kalangan umatnya. Untuk merealisasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini, beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut :
 Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT ,Mengutamakan orang lain,  Bekerjasama, Perasaan belas kasihan, Saling menasihati, Saling membantu sesama Islam dan Saling bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment