Monday 10 October 2016

BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut Islam, perkara penting yang kita tidak boleh tinggalkan ialah persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat diambil daripada perkataan bahasa Arab, iaitu "aurah" yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A'raf ayat yang ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

1. Aurat lelaki - Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi'iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki ialah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya "aurat" yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna. 

2. Aurat wanita - Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maududi,1995)

3. Pakaian lelaki - Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyuran, tetapi menurut syariat Islam.

4. Pakaian Wanita - Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan spt yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita haruslah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir, Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat spt yang disyariatkan dalam Islam.

No comments:

Post a Comment