Thursday 13 October 2016

IMAN


YA ALLAH hidupkan kami dengan IMAN..
YA ALLAH matikan kami dalam IMAN..
YA ALLAH bangkitkan kami dengan IMAN..
dan masukkan ke SYURGA-MU dengan IMAN.
" Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lisan dan amal dengan anggota badan. Oleh sebab itu Iman boleh bertambah dan berkurang sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.


Tuesday 11 October 2016

KESAN BURUK YANG TIMBUL DARIPADA PERGAULAN BEBAS

Setiap perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah SWT mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan kita. Antara kesannya adalah seperti yang berikut :

1. Merosakkan jiwa dan akhlak - Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatnya seseorang itu sukar untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

2. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara - Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

3. Membawa kepada kemurkaan Allah SWT - Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tiada lagi ketentangan jiwa akibat dosa-dosanya.

Monday 10 October 2016

ADAB-ADAB DAN BATAS PERGAULAN

Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan serong hamba-hamba-Nya dalam pergaulan (antara lelaki dengan perempuan). Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat spt, ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bargaul adalah seperti yang berikut :

1. Memelihara pandangan
2. Menutup aurat secara sempurna
3. Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan wanta yang bukan mahram
4. Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
5. Mengawal perhiasan
6. Menghindari tempat yang tidak baik.

BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut Islam, perkara penting yang kita tidak boleh tinggalkan ialah persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita. Aurat diambil daripada perkataan bahasa Arab, iaitu "aurah" yang bermaksud keaiban. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Perintah Allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A'raf ayat yang ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

1. Aurat lelaki - Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi'iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki ialah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya "aurat" yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna. 

2. Aurat wanita - Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maududi,1995)

3. Pakaian lelaki - Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyuran, tetapi menurut syariat Islam.

4. Pakaian Wanita - Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan spt yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita haruslah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir, Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat spt yang disyariatkan dalam Islam.

BATAS-BATAS PERGAULAN

           Pergaulan merujuk proses sosialisasi antara sesama manusia. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od (2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti yang berikut :

1. Peringkat berkenalan – Berkenalan atau “taaruf” ialah peringkat yang membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.

2. Peringkat memahami – Peringkat memahami atau “tafahum” ialah peringkat kedua dalam batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang akan menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita.

3. Peringkat tolong-menolong – Peringkat ini atau “taawun” ialah peringkat pergaulan yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


Saturday 8 October 2016

KONSEP PERSAUDARAAN

Setiap umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui 3 cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.          Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu, iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya (ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.          Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan inilah, lahirnya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang yang dikenali.          Persaudaraan menerusi akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “saudara seagama” atau “saudara di sisi Tuhan”. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar ditandingi oleh persaudaraan darah (Mahmud Muhammad Babeli,2002).          Islam menggesa umatnya memperkukuh hubungan persaudaraan dalam kalangan umatnya. Untuk merealisasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini, beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut :
 Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT ,Mengutamakan orang lain,  Bekerjasama, Perasaan belas kasihan, Saling menasihati, Saling membantu sesama Islam dan Saling bertanggungjawab.

Thursday 6 October 2016

JIRAN DALAM ISLAM

 



        Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Disebut oleh baginda rasulullah bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dengan segala pertunjuk dalam pelbagai perkara termasuk dalam soal kemasyarakatan.

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat.

Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbezabeza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.

Sekiranya dia seorang yang kaya dan menghuni di perumahan mewah maka jirannya ialah mereka yang mewah dan sekiranya dia miskin dan menetap di kampung maka jirannya terdiri di kalangan mereka yang sepertinya dan ada juga yang bercampur aduk.

Jiran muncul apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. Maka Islam dalam memelihara hak sesama manusia serta memandu manusia untuk mencapai harmoni dan bahagia di dunia dan akhirat turut memasukkan asek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan seperti yang disebut di dalam hadith tadi.


Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

1) Jiran yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

Berdasarkan hadith yang banyak menyebut perihal darjat jiran yang antaranya daripada riwayat Aisyah radiallahuanha yang berkata : “Wahai rasulullah, sesungguhnya aku ini memiliki dua jiran dan kepada yang mana satukah hendak aku berikan hadiah ? Maka baginda bersabda : “ Kepada yang lebih dekat dengan pintu rumah kamu”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2140)

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

Allah berfirman :
وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى
“..jiran tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan hubungan” .

(hadith sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih, disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

Allah berfirman :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ
“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).

Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “ Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran, ulama’ dan golongan tua dalam agama.”

(Lihat Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

Allah swt berfirman :
أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ
“ Apakah keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada musuh (untuk dianiayai)..”

(hadith sahih riwayat Bukhari no. 2310 dan Muslim no. 2580)

6) Jiran yang kafir

Allah swt berfirman :
وَالْجَارِ الْجُنُبِ
“Dan Jiran tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).

Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.

(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

BIODATA AHLI





          Nama : SYAZANA BINTI ABDUL LATIFF
          Umur : 20 TAHUN
          Tarikh lahir : 10 DECEMBER
          Tempat tinggal : IPOH, PERAK
          Cita - cita : CIKGU
          Hobi : TENGOK WAYANG
          Makanan kegemaran : KEUTIOW TOMYAM
          Minuman kegemaran : LIMAU AIS
          

          Nama : CHEAH JIA LIN
          Umur : 20 TAHUN
          Tarikh lahir : 15 APRIL
          Tempat tinggal : PULAU PINANG
          Cita - cita : AKAUNTAN
          Hobi : BERBASIKAL
          Makanan kegemaran : SUSHI
          Minuman kegemaran : HONEYDEW
         

          Nama : NURHIDAYAH BINTI AHMAD NAZMI
          Umur : 20 TAHUN
          Tarikh lahir : 17 FEBRUARI
          Tempat tinggal : JAWI, PENANG
          Cita - cita : BANKER
          Hobi :MEMANCING
          Makanan kegemaran : NASI GORENG CENDAWAN
          Minuman kegemaran : TEMBIKAI
          

          Nama :NOR HIDAYAH BINTI BURHANNUDDIN
          Umur :20 TAHUN
          Tarikh lahir : 3 FEBRUARI
          Tempat tinggal : IPOH, PERAK
          Cita - cita : AKAUNTAN
          Hobi : MEMBACA NOVEL
          Makanan kegemaran : NASI GORENG CILI PADI
          Minuman kegemaran : LAICI


          Nama : NURUL AISYIAH BINTI ZULKIFLI AMIR
          Umur : 20 TAHUN
          Tarikh lahir : 21 OKTOBER
          Tempat tinggal :KUALA KANGSAR, PERAK
          Cita - cita : AKAUNTAN
          Hobi : MENDENGAR MUZIK
          Makanan kegemaran : MASAKAN MAK
          Minuman kegemaran : CARROT SUSU